Assalamualaikum...

Ha! Ni segmen terbaru dalam aku punya blog. Aku perkenalkan segmen "JOM PI MELANCONG..!!" untuk suggest kepada reader tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik.
Korang tau tak fasal Kolam Pamukkale ni??? Kolam ni terletak kat Aegen Inner, Sungai Menderes. Terletak di daerah Denizli, barat daya Turki. Pamukkale berasal dari perkataan Pamuk (kapas) dan kale (kota/istana). Kenapa ek dipanggil "Istana Kapas" ek??? Ini disebabkan pabila air memenuhi setiap lubang gunung, air tersebut kelihatan seperti warna kapas atau warna air susu.
Mengikut catatan sejarah, keadaan kolam yang bertingkat-tingkat ni disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku beribu tahun dulu. Raja-raja Rom juga pernah mandi di sini disebabkan zat-zat galian di dalam air kolam tuh.
"Eh, camna kalau aku nak pi sana tyme winter? Sejuk ngat eh. Nak mandi pun jenuh sejuk menggeletaq". Takpa. Jangan risau. Ketika musim sejuk, suhu air tetap kekal 35 darjah Celcius. Suhu air tetap kekal disebabkan tindak balas kimia galian yang ada dalam kolam.
Oke lah. Setakat ni entri aku kali ini. Kalau korang da suggestion fasal tempat pelancongan menarik. Boleh email kt aku ir.rizmey@gmail.com...
p/s : Bila la aku nak boleh melancong... 'gaji' pun tak masuk lagi.. Huhhuhhuu
No comments:
Post a Comment