Assalamualaikum...

Ha! Entri kali ni aku nak ajar korang semua fasal "Howard Gardner's Theory of Multiple Intelligence". Korang kenal ke siapa tuan empunya teori ni. Ce kita tengok profil dia jap.
Howard Gardner merupakan seorang ahli psikologi di Amerika. Beliau dilahirkan di Scranton, Pennsylvania pada tahun 1943. Beliau juga bekerja sebagai profesor kognisi dan pelajaran di Universiti Havard. Sejak 1995 beliau menjadi co-director dalam "Projek Goodwork". Sehingga kini beliau telah menulis 20 buku yang telah di translate ke 30 bahasa. Beliau telah menjadi femes disebabkan "Theory of Multiple Intelligence".
Mengikut teori ni, hencek Howard kata ada 8 personaliti manusia.

1. Kebolehan berkata-kata (verbal/linguistic intelligent)
- sensitif kepada bahasa, makna di sebalik setiap perkataan, agak nerd
- okupasi yang sesuai : novelist, penulis, editor

2. Kebolehan dalam ilmu hisab dan berfikiran logik (logical/mathematical intelligent)
- tepat, tersusun, dewa dalam pengiraan, memiliki pemikiran yang logik
- okupasi yang sesuai : ahli math, saintis, jurutera, akauntan

3. Kebolehan dari segi pemerhatian (visual/spatial intelligence)
- teliti dalam pemerhatian, boleh membayangkan sesuatu benda dengan jelas
- okupasi yang sesuai : arkitek, pelukis, ahli fizik

4. Kebolehan dalam muzik dan ritma (musical/ryhtmic intelligence)
- sensitif kepada pitch, ritma, memiliki kuasa untuk mengawal emosi, darah jenis SENI
- okupasi yang sesuai : komposer, penyanyi, pemain alat muzik

5. Kebolehan dari segi fizikal (body/kinesthetic intelligence)
- kebolehan mengawal tubuh, respon tubuh yang cepat, banyak bergerak
- okupasi yang sesuai : penari, atlet, juruteknik, pakar bedah

6. Kebolehan dalam berinteraksi (interpersonal intelligence)
- suka bersosial, sensitif tentang keadaan orang lain
- okupasi yang sesuai : ahli politik, guru, ketua agama

7. Bersikap menyendiri (intrapersonal intelligence)
- suka menyendiri, memiliki keyakinan terhadap diri sendiri
- okupasi yang sesuai : ahli falsafah, novelist

8. Bersifat suka kepada alam semulajadi (naturalist intelligence)
- suka akan alam semulajadi, suka bercucuk tanam, bela binatang
- okupasi yang sesuai : naturalist, renjer hutan
p/s : "It's not how smart you're, but it's how you're smart"
No comments:
Post a Comment