29/10/2011

Yey..!!! Terima Kasih Alexa Ranking

Assalamualaikum...



Dalam entri ni, aku nak mengarut lah. Al-maklumlah dah kekeringan idea. Kekadang aku usha Alexa ranking dan nuffnang (kot-kot la det dah banyak heheheheheh). Hari ni aku bukak ja Alexa ranking aku terkejut. Fis tyme blog aku ditempatkan dalam Alexa ranking tapi berjuta-juta la. As a newbie, aku sonok gilerrr. Heheheheheh......




Hehehehehehehe.. Just wanna share with y'all.





p/s : Jauh lagi nak beat Baidu.com

28/10/2011

BAIDU.. WHY ME BAIDU???

Assalamualaikum...


"Baidu. Why me?????". Korang mesti tertanya-tanya an. Bengong ka mamat ni. Heheheh.. Sebenarnya aku sering dihantui Baidu. Bukak ja Internet Explorer mesti keluar Baidu. Kalau tersilap tekan ja dalam link url tuh, mesti akan keluar Baidu. Kalau keluar 'Yahoo!' ka 'Bing' ka 'Google' ka 'Windows Live' ka oke la jugak.

Oke lah dalam entri ni aku nak perkenalkan korang Baidu. "Apa yang hang duk mengarut ni? Baidu tuh natang pa?". Rilek-rilek. Aku akan terang kat korang semua apa itu Baidu. . Founder kepada Baidu ni adalah Robin Li dan Eric Xu. Dihasilkan pada tahun 2000. "Pa yang menarik sangat pasai Baidu ni habaq mai kat aku sat?" Ha! Kalau korang nak tau. Baidu ni telah menaiki tangga ke-6 dalam ranking Alexa.


Search engine ni merupakan satu lagi kejayaan yang ditempa negara China. Tapi yang menarik perhatian aku fasal Baidu ni adalah kata-kata co-founder dia, Robin Li sewaktu memperkenalkan Baidu kepada umum. (cilok dari wikipedia)

"Many people have asked about the meaning of our name. 'Baidu' was inspired by a poem written more than 800 years ago during the Song Dynasty. The poem compares the search for a retreating beauty amid chaotic glamour with the search for one's dream while confronted by life's many obstacles. '...hundreds and thousands of times, for her I searched in chaos, suddenly, I turned by chance, to where the lights were waning, and there she stood.' Baidu, whose literal meaning is hundreds of times, represents persistent search for the ideal."





p/s : Bila la Malaysia nak buat search engine. =,='

JOM PI MELANCONG..!!! Kolam Pamukkale

Assalamualaikum...




Ha! Ni segmen terbaru dalam aku punya blog. Aku perkenalkan segmen "JOM PI MELANCONG..!!" untuk suggest kepada reader tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik.



Korang tau tak fasal Kolam Pamukkale ni??? Kolam ni terletak kat Aegen Inner, Sungai Menderes. Terletak di daerah Denizli, barat daya Turki. Pamukkale berasal dari perkataan Pamuk (kapas) dan kale (kota/istana). Kenapa ek dipanggil "Istana Kapas" ek??? Ini disebabkan pabila air memenuhi setiap lubang gunung, air tersebut kelihatan seperti warna kapas atau warna air susu.

Mengikut catatan sejarah, keadaan kolam yang bertingkat-tingkat ni disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku beribu tahun dulu. Raja-raja Rom juga pernah mandi di sini disebabkan zat-zat galian di dalam air kolam tuh.


"Eh, camna kalau aku nak pi sana tyme winter? Sejuk ngat eh. Nak mandi pun jenuh sejuk menggeletaq". Takpa. Jangan risau. Ketika musim sejuk, suhu air tetap kekal 35 darjah Celcius. Suhu air tetap kekal disebabkan tindak balas kimia galian yang ada dalam kolam.
Oke lah. Setakat ni entri aku kali ini. Kalau korang da suggestion fasal tempat pelancongan menarik. Boleh email kt aku ir.rizmey@gmail.com...






p/s : Bila la aku nak boleh melancong... 'gaji' pun tak masuk lagi.. Huhhuhhuu

27/10/2011

LIverpool Kalahkan Stoke City 2-1

Assalamualaikum...


LIVERPOOL KALAHKAN STOKE CITY...!!!! Bangga la siot.... Dah la aku peminat sejati Liverpool sejak aku kanak-kanak rebina lagi. Kat bawah ni aku sediakan scoreboard semalam. Zassss.......



LIVERPOOL 2
Suarez 54' , 85'




STOKE CITY 1
K. Jones 43'


Apa-apa pun, credit to Suarez kerana telah menyelamatkan maruah Liverpool. Dan Liverpool layak ke suku akhir Carling Cup dan mungkin merangkul Carling Cup untuk menamatkan kemarau piala sejak Piala FA 2006.

SUAREZ, YOU'RE NEVER WALK ALONE..!!!!!




p/s : Yeah...!! Liverpool akan buat impak lagi. Thanks "King Kenny"




26/10/2011

Penjara Pollsmoor, Penjara Kanibalisme

Assalamualaikum...



Ha! Korang tahu tak fasal penjara ni??? Entri kali ni aku nak bongkar secret fasal penjara ni.
Penjara ni terletak di Afrika Selatan dan dibina pada 1964. Sebenarnya, penjara ni dibina untuk golongan gengster dan nasionalis. Al-maklumlah, waktu omputih yang memerintah. So untuk mengelakkan ancaman, diorang bina penjara ni. Antara tokoh yang pernah meringkuk di sini ialah Nelson Mandela.


Korang nak tahu apa yang unik kat penjara ni??? Penjara ni ada satu tradisi yang amat pelik. DIORANG SANGGUP MAKAN JANTUNG MANUSIA....!!!!!


Wuueekkkkk....!!! Geli aku. Banduan ni makan jantung manusia untuk menunjukkan keberanian supaya banduan lain takkan kacau. So tak hairan lah kalau sesapa masuk penjara ni dengan pakai baju oren, keluar dengan kain putih. Selalunya yang menjadi mangsa adalah banduan yang lemah ataupun baru. So untuk survive dalam penjara ni, terpaksalah banduan noob ni masuk ke mana-mana geng untuk selamat. Jika tidak, MAMPUSLAHHHH...!!!!


Tatu pada lengan menunjukkan identiti geng

Pergaduhan antara geng pun selalu terjadi disebabkan ayahanda geng tersebut yang gila kuasa... Sekiranya satu geng tu kalah, maknanya jantung ayahanda mereka jadi hidangan kepada puak yang menang. SERAM WOOOOO..!!!





p/s : Aku tengok jantung yang kena bedah pun geli, tambah-tambah yang kena makan.. Wuuueeekkkkk..!!!!!

25/10/2011

Aaaaarrrgggghhhh..!!!! Aku ditipu

Assalamualaikum...


Korang pernah tak kena tipu oleh seseorang yang kononnya baik. "Adik, mai la donate, untuk anak-anak yatim ni". Korang pernah tak kena??? Kalau korang pernah kena, korang dah jadi geng aku... SEBAB AKU BARU KENA TIPU TADI.. AAARRRGGHHHHHH..!!!!

Tapi yang peliknya, kenapa aku tetiba jadi blur dan tak mampu berfikir.. Huhuhuuhuhhu.. Aku pun agak terkejut kenapa la aku bagi not RM10 untuk keychain BODOH...!!!!!!!!!!




So kat sini aku da beberapa tips supaya korang tak ditipu oleh penipu (tak jadi macam eden la)..

1. Pastikan diorang da surat rasmi yang sah

2, Selidik betul-betul program atau donation yang dijalankan beliau.

3. Kalau beliau puji korang macam-macam, korang angkat kaki ja..

4. Kalau beliau macam terdesak, korang buat dunno ja

5. Baik derma kepada institusi yang diyakini, jangan layan orang yang mintak donation kononnya untuk anak yatim di pinggir jalan, kaki lima, sebagainya....





p/s : kalau boleh aku nak siat-siat orang yang tipu aku tadi...

24/10/2011

Mario Kurang Ajaq..!!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Entri kali ni aku nak bongkar satu rahsia.. Heheheheheh.. (cam Inspektor Shahab lak). Okay okay lah. Ce tengok gambo yang aku letak kat bawah...



Ce zoom kat mamat kepala cendawan tuh...



YANG NI BETUL-BETUL REAL..!!!!!!




p/s : Kecewa aku dengan Mario. Febret game kot. Layan Maria O okay lagi.. Hahahahahahahha


Kematian Marco Simoncelli

Assalamualaikum..

Kematian Marco Simoncelli di litar Sepang semalam maybe akan jadi sebuah tragedi yang tak dapat dilupakan oleh peminat motor race ni. Aku tumpang bersimpati atas kematian beliau.
Kejadian bermula pabila beliau hilang kawalan, kendian dilanggar oleh Colin Edwards dan Rossi.








Kematian beliau adalah kematian ke-2 dalam masa seminggu dalam dunia motor race ni selepas Dan Wheldon terlibat dalam kemalangan di IndyCar 300 di Las Vegas.

"So strong... and so sweet. I will miss him". Ni lah ucapan terakhir buat Valentino Rossi buat Simoncelli time majlis pengebumian beliau.





p/s : I'm speechless


23/10/2011

New Zealand Kalahkan France 8-7

Assalamualaikum...


BERITA TERKINI..!!!!!!!!

NEW ZEALAND 8 - 7 FRANCE



Tony Woodcock (Try) 15' New Zealand
Stephen Donald (Penalty Kick) 45' New Zealand
Theirry Dusautoir (Try & Con) 47' France


22/10/2011

Pelakon Bollywood Mendapat Anugerah di Australia

Assalamualaikum...


"Hangpa kenai tak ni sapa?" Konfem korang boleh jawab an soklan aku. Lagi-lagi korang yang duduk depan tv dari pukul 2-5. Ni lah AMITABH BACHCHAN dan merupakan satu-satu nya pelakon Bollywood yang still boleh mantain dan bertenaga bila berlakon.

Amitach Bachchan dapat anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran ni daripada Queensland University of Technology disebabkan kejayaan beliau dalam bidang seni. Kebetulan beliau baru saja habis pengambaran dalam filem "The Great Gatsby" bergandingan dengan Leonardo DiCaprio di bawah arahan Baz Luhrmann.



Seronok lah tu dapat anugerah........


Antara kejayaan beliau sejak berkecimpung dalam bidang seni:-

1. Menang 4 National Film Awards, 3 dari kategori Aktor Terbaik

2. Menang 14 Filmfare Awards

3. Berjaya melakonkan pelbagai watak dalam 180 buah filem

4. Diiktiraf sebagai "The Greatest Star of the Millenium" oleh BBC pada tahun 1999







p/s: Teringin gak la eden nak menengok artis Malaysia dapat anugerah cam ni


21/10/2011

Manchester Derby

Assalamualaikum..





Sebelum kita tengok match esok, ce tengok statistik sejarah perlawanan diorang dulu.

PertandinganCity menang Seri United menang
Liga*374958
Piala FA305
Piala Liga312
Piala Komuniti002
Total4350
67




5 perlawanan akhir antara 2 team ni


17 April 2010 Man City 0 - 1 Man United (City of Manchester)
10 Nov 2010 Man City 0 - 0 Man United (City of Manchester)
12 Feb 2011 Man United 2 - 1 Man City (Old Trafford)
16 April 2011 Man City 1 - 0 Man United (Wembley Stadium)
07 Ogos 2011 Man City 3 - 2 Man United (Wembley Stadium)


Ni plak detail fasal match esok


Venue : Old Trafford

Tarikh : 23 Oktober 2011

Masa : 12.30 tengah hari (8.30 petang waktu Malaysia)





TENGOK JANGAN TAK TENGOK NOH..!!!!!!!!





p/s : Aku dapat rasa kali ni MU mesti kena bantai punya... hehehehheehe....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...