20/08/2012

Eid Mubarak di Sekitar Dunia

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...




Satu hari di Hari Raya

Ku lihat cahaya bersinar indah

Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Artis: M. Nasir
Lagu: Satu Hari di Hari Raya

Peergghh.. Sedap gileerrr lagu ni!!! Patutlah setiap kali raya, lagu ini antara lagu yang wajib dimainkan dalam mana-mana corong radio. By the way, dalam kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin. Selamat Hari Raya! 

Setiap tahun, hari raya selalu akan dimulakan dengan solat sunat hari raya. Then kita akan bersalam-salaman, seterusnya pergi ke rumah saudara. Tapi pernah tak kita terfikir, bagaimana orang di negara lain sambut hari raya? Depa ada bakar lemang ka? Depa ada ka main mercun dan bunga api? Kalau sembahyang raya, depa buat kat masjid ka tengah padang ek? So jom usha tengok depa buat apa time raya.

1. Masjidil Haram


2. Masjid Nabawi


3. Pakistan


4. Sudan


5.Mesir


6. Indonesia


7. Itali


8. Ivory Coast


9. Somalia


10. Etnik Rohingya di Myanmar

Etnik Rohingya dihalau dari negara Myanmar

 Ada yang bernasib baik dapat sembahyang raya secara berjemaah. Ada yang ditindas dengan kejam sehingga dihalau daripada negara seperti yang berlaku di Myanmar dan Somalia. Kesian kat depa. Kita bersyukur la ada negara yang aman damai. Dapat kita meraikan hari raya dengan tenang.



p/s: Hari raya kurang meriah la tahun ni, nak tunggu pilihan raya tahun ni la. Nak tengok meriah atau tak. Hehehehe. :-D

18/08/2012

RVP hero Manchester United baru?

Assalamualaikum dan salam sejahtera norh...

Baru-baru ini, dunia EPL dikejutkan dengan perpindahan Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2011/2012 ke Manchester United. Siapa lagi kalau bukan Robin van Persie atau lebih mesra dengan panggilan RVP. Manchester United telah mengesahkan perpindahan tersebut yang bernilai £ 24 juta (RM118 juta) pada hari Khamis lepas. 


RVP main cuit-cuit dengan Fergie



RVP: "Evra jom menari sekali jom"

Who will be the hero for this season?

Perpindahan RVP menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Yang paling menarik perhatian aku adalah komen daripada bekas penyerang Manchester United dan Liverpool, Michael Owen melalui twitter.
Rooney, Van Persie, Berbatov, Wellbeck, Hernandez. Do strike forces get any stronger?RVP is some buy for United. Not sure a striker was their top priority but when someone like that becomes available you just have to get him!




p/s: Guna gugel translate ek jika tak faham. Hehehehehe.....

Top 5 Kuih Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera norh...



Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar…
Allahu Akbar Wa Lillaahilhamd…


Selamat Hari Raya!! Tinggal beberapa jam lagi Syawal menjelang. Yahoo!! Bila cakap fasal raya beraya ni, kita mesti teringarkan kuih muih raya kan? So, entri kali ini, aku list kan top 5 kuih raya yang banyak memenuhi balang-balang di Malaysia.


1. Almond London


2. Samperit


3. Segala jenis tart (terutama tart nenas sebab aku suka. Hehehehe)


4. Mazola


5. Biskut buah pinggang






p/s: Sedap eh tengok kuih raya ni. Nak terbatal puasa aku.


17/08/2012

Ramadhan Oh Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera norh.



Entri ni bukan fasal cik Nia Ramadhani ek. Bukan apa. Bila cakap fasal bulan Ramadhan ja mesti aku teringat aktres jelita Indonesia yang femes dengan watak Bawang Merah ni. Maybe sebab nama dia nak dekat sama dengan bulan yang mulia ni.

Sedar tak sedar Ramadhan nak meninggalkan kita sudah. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk Ramadhan bersama kita. Huhuhuhuhuhuhu. Sedih siot. Sob sob. :-( .  Ada beberapa sebab kita perlu sedih bila bulan yang mulia ni nak meninggalkan kita. 

1. Sebab bulan Ramadhan merupakan bulan paling mulia dalam islam dan penuh dengan barakah. Sebab tu lah bulan ini digelar Ramadhan al-Murtabak Mubarak.

2. Sebab hanya di bulan Ramadhan ja yang kita wajib untuk berpuasa dari segala hawa nafsu

3. Sebab syaitan laknatullah diikat di neraka. Kalau perangai hangpa tak berubah gak, hangpa lah setan tuh.

4. Sebab dalam bulan ini, ada satu malam yang spesel. Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

5. Sebab dalam bulan ni ja yang ada solat sunat terawih. Aku haram tak pi full pun. Hehehehe.

Tapi kita jangan lah sedih sangat. Dalam kesedihan ini, kita patut meraikan kejayaan kita melawan nafsu selama 30 hari.

La.. tadi hang suruh sedih. Sekarang hang suruh gembira pulak. Aku tampaq satgi hilang dai mau?
Rilek la bro. Maksud aku, kita jangan lah terlalu bersedih sebaliknya, kita perlu lah meraikan kejayaan kita. Sebab tu lah, Allah mensyariatkan kita supaya bertakbir ketika malam raya sebagai tanda meraikan kemenangan. Bukannya bermain mercun, berpesta, dan melakukan perkara yang tak sepatutnya. 



p/s: Kenapa aku tengok Nia Ramadhani makin kurang keluar TV ek? 





16/08/2012

I have no idea

Assalamualaikum dan salam sejahtera norh..



Fuuuhhhh...!!!!! Dah berhabuk belog aku ni. Dah lama aku tinggal. Kalau ikutkan hari ini genap 293 hari aku tak update belog aku. Aku pun tak sure nak letakkan tema apa kat belog aku. Any suggestion my fwenz over there?

Takpa lah. Hari ini aku nak share something kat hangpa semua. Baru-baru ni, aku ada baca satu belog Panglima Kungfu. Tudiiaa nama belog dia, sedap bukan main. Aku tertarik dengan salah satu artikel dia yang menerangkan surah al-Hadeed dari ayat ke-13 sehingga ayat ke-16. Teringat balik zaman-zaman sekolah agama dulu. Ustaz aku selalu baca terjemahan ayat ke-16 yang berbunyi begini:

16. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Dalam ayat ini, Allah menyuruh hamba-Nya untuk segera bertaubat dan mengingati-Nya. Jangan tunggu sampai dah tua bangka baru nak belajar mengucap. Ini peringatan untuk kita semua ja lah ya.


p/s: still wondering about the theme of my blog =,='









29/10/2011

Yey..!!! Terima Kasih Alexa Ranking

Assalamualaikum...



Dalam entri ni, aku nak mengarut lah. Al-maklumlah dah kekeringan idea. Kekadang aku usha Alexa ranking dan nuffnang (kot-kot la det dah banyak heheheheheh). Hari ni aku bukak ja Alexa ranking aku terkejut. Fis tyme blog aku ditempatkan dalam Alexa ranking tapi berjuta-juta la. As a newbie, aku sonok gilerrr. Heheheheheh......




Hehehehehehehe.. Just wanna share with y'all.





p/s : Jauh lagi nak beat Baidu.com

28/10/2011

BAIDU.. WHY ME BAIDU???

Assalamualaikum...


"Baidu. Why me?????". Korang mesti tertanya-tanya an. Bengong ka mamat ni. Heheheh.. Sebenarnya aku sering dihantui Baidu. Bukak ja Internet Explorer mesti keluar Baidu. Kalau tersilap tekan ja dalam link url tuh, mesti akan keluar Baidu. Kalau keluar 'Yahoo!' ka 'Bing' ka 'Google' ka 'Windows Live' ka oke la jugak.

Oke lah dalam entri ni aku nak perkenalkan korang Baidu. "Apa yang hang duk mengarut ni? Baidu tuh natang pa?". Rilek-rilek. Aku akan terang kat korang semua apa itu Baidu. . Founder kepada Baidu ni adalah Robin Li dan Eric Xu. Dihasilkan pada tahun 2000. "Pa yang menarik sangat pasai Baidu ni habaq mai kat aku sat?" Ha! Kalau korang nak tau. Baidu ni telah menaiki tangga ke-6 dalam ranking Alexa.


Search engine ni merupakan satu lagi kejayaan yang ditempa negara China. Tapi yang menarik perhatian aku fasal Baidu ni adalah kata-kata co-founder dia, Robin Li sewaktu memperkenalkan Baidu kepada umum. (cilok dari wikipedia)

"Many people have asked about the meaning of our name. 'Baidu' was inspired by a poem written more than 800 years ago during the Song Dynasty. The poem compares the search for a retreating beauty amid chaotic glamour with the search for one's dream while confronted by life's many obstacles. '...hundreds and thousands of times, for her I searched in chaos, suddenly, I turned by chance, to where the lights were waning, and there she stood.' Baidu, whose literal meaning is hundreds of times, represents persistent search for the ideal."





p/s : Bila la Malaysia nak buat search engine. =,='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...